Sukan Hari Ini

Kemaraan Nicol terhalang

Kuala Lumpur: Kemaraan ratu skuasy negara Datuk Nicol David di Terbuka Al-Ahram tersekat apabila kalah kepada Sarah-Jane Perry dari England di peringkat suku akhir di Great Pyramids of Giza di Kaherah, Mesir, awal pagi tadi.

Pemain pilihan kedua kejohanan itu tewas 9-11, 11-3, 11-4, 8-11 dan 9-11 dalam perlawanan selama 61 minit.

Ia kemenangan kedua Sarah-Jane selepas mengalahkan pilihan kelima Camille Serme dari Perancis di pusingan pembukaan dua hari lalu.

Dia akan bertemu pilihan ketiga Raneem El-Welily di separuh akhir malam ini selepas pemain tuan rumah iitu mengatasi pilihan ketujuh Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-9, 4-11, 11-6 dan 11-3 di suku akhir.

Malaysia tidak menghantar pemain lelaki ke kejohanan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai US$100,000 (RM411,650).-bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");