Berita Hari Ini

Pertumbuhan pinjaman isi rumah lebih tinggi daripada KDNK

KUALA LUMPUR: Pinjaman kepada isi rumah swasta di negara ini berkembang pada kadar lebih pantas berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu, demikian menurut Laporan Kekayaan Global Allianz (AGW) yang dikeluarkan hari ini.

Pinjaman kepada isi rumah swasta di negara ini juga berkembang pada kadar lebih pantas berbanding aset kewangan mereka. Menurut AGW, 7.2 peratus pertumbuhan dalam pinjaman kepada isi rumah mengatasi pertumbuhan KDNK sebanyak 4.6 peratus.

Ia juga mengatasi pertumbuhan aset kewangan 4.9 peratus, sekali gus memburukkan nisbah hutang swasta kepada KDNK dan nisbah aset kepada hutang.

“Hutang isi rumah menokok kepada 89.1 peratus daripada KDNK, manakala nisbah aset kewangan kepada KDNK naik sedikit kepada 182.9 peratus pada 2015 daripada 182.4 peratus pada 2014,” demikian menurut laporan AGW edisi ke tujuh itu.

Menurutnya, pada akhir 2015, setiap penduduk Malaysia berhutang sebanyak Euro 7,285 (RM33,500) berbanding purata aset kewangan Euro 14,960 (RM68,810).

Bagaimanapun katanya, nisbah aset kepada liabiliti sebanyak 2.1 kelihatannya selesa, menandakan kebanyakan isi rumah memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang.

Allianz berkata, dengan aset kewangan bersih per kapita berjumlah Euro 7,670 (RM35,429) Malaysia berada di kedudukan ke 34 dalam senarai dunia dan di tangga ke tujuh di Asia.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");