Perak Hari Ini

Lagi Laporan Polis Terhadap Jeff Ooi

IPOH: Hampir 50 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini tampil membuat laporan Polis terhadap tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun yang didakwa mempersenda kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di laman sosial.

Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra berkata, laporan itu telah dibuat sejak semalam dan setakat 11 pagi tadi sebanyak 30 laporan Polis lagi dibuat berhubung perkara tesebut.

“Ahli Parlimen Jelutong mengeluarkan kata-kata menghina ulama Datuk Dr Haron Din dan menulis satu perkataan yang tidak manis bermaksud selamat jalan seolah-olah ayat yang dinyatakan itu menunjukkan sikap tidak berpuas hati.

“Saya ingin tanya pada beliau, adakah ketika Karpal Singh meninggal ada tidak perkataan tidak elok yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia terhadapnya ini pula terhadap tokoh yang disegani,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas membuat laporan Polis di Balai Polis Senam di sini hari ini.

perak-today-2
Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra

Tambahnya lagi, perkataan ‘Adios’ boleh ditafsir dalam pelbagai maksud dan salah satunya bermaksud ‘berambus’.

“Kami meminta pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya menjadi iktibar buat semua,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu laporan polis turut dibuat mengenai perhimpunan Bersih 5 yang dijangkakan berlangsung pada 19 November ini.

“Marina Chin Abdullah telah membuat satu sidang media mengatakan bakal menganjurkan siri jelajah bermula pada 1 Oktober di beberapa lokasi termasuklah di Lumut Perak,” katanya.

Berikutan itu, jelasnya badan NGO Perak mendesak agar pihak Polis mengambil tindakan segera kepada perhimpunan bersih 5.0 ini.

“Perhimpunan ini dikhuatiri akan menghasut rakyat Malaysia supaya mendesak dan menukar Perdana Menteri sedia ada secara tidak langsung ia akan menimbulkan kebencian umum kepada Perdana Menteri serta institusi Kerajaan.

“Ia adalah cubaan tidak langsung mencemarkan Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong yang melantik Perdana Menteri Malaysia ini serta mencemar Perlembagaan Negara yang telah mengesahkan perlantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya.

Tambahnya lagi, penganjuran Bersih ini juga bakal memberi impak negatif kepada kerajaan Malaysia serta boleh dianggap satu penghinaan terhadap institusi perlembagaan dan integriti kerajaan Malaysia.

“Kami mendesak agar pihak Polis dapat membendung perhimpunan ini kerana pelbagai perkara berlaku disebabkan olehnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");