Isu Panas

Lajim Ukin enggan ulas spekulasi keluar PKR

KOTA KINABALU – Ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin enggan mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin keluar daripada parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

“Saya belum mahu bercakap lagi (mengenai spekulasi keluar PKR). Saya tidak mahu komen sekarang,” kata Lajim yang juga Adun Klias ketika dihubungi Bernama hari ini berhubung spekulasi itu.

Menurut spekulasi itu, parti baharu yang bakal ditubuhkan Lajim bulan depan, dijangka bekerjasama dengan parti yang akan diterajui bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Lajim menyertai PKR pada 2012 selepas meletakkan semua jawatan dan keluar daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Lajim bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Beaufort tetapi tewas kepada Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Umno) dengan 673 undi namun, beliau memenangi kerusi Dun Klias selepas menewaskan calon BN-Umno Isnin Aliasnih dengan majoriti 179 undi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");