Membawang Hari Ini

Lupa cara bercinta

KETIKA ramai yang membicarakan hubungan Rita Rudaini dan hos program HLive, Donna Muslim yang seakan dilamun cinta, pelakon cantik ini mengakui kepada HITS yang dia sebenarnya sudah lupa bagaimana cara untuk bercinta.

Katanya, zaman percintaan yang dilalui ketika usia remaja dan saat sebelum berkahwin, sudah terlalu lama ditinggalkan.

Lantas Rita seakan lupa bagaimana menikmati perasaan tersebut seperti di zaman muda, seolah-olah ia telah mati dan terkubur dalam diri pelakon cantik ini.

“Saya dah lupa cara nak bercinta. Betul-betul dah lupa. Saya tak pandai dah nak bergayut-gayut di telefon seperti orang muda. Saya tak reti nak berkenalan semula dan bertanya hal-hal remeh-temeh seperti di awal perkenalan.

“Nak tanya suka makan apa…suka warna apa..suka itu atau ini, memang tiada dalam perbualan saya lagi. Dalam usia seperti saya dengan fasa hidup dua perkahwinan yang gagal, percintaan seperti anak muda sudah tak sesuai lagi.

“Rasanya, jika bertemu lelaki yang betul-betul sesuai dengan diri saya dan anak-anak, saya tak perlu lagi nak berlama-lama dan berkenalan. Jika sebetulnya sudah suka sama suka, apa lagi nak ditunggu? Baik berkahwin sahaja terus…hahaha…,” kata Rita tanpa berselindung.

Justeru, apakah lelaki seperti Donna membariskan ciri-ciri idaman sebagai suami?

“Soal mencari suami belum lagi menjadi keutamaan buat masa ini. Memang saya rapat dengan dia tetapi ia tidaklah bermakna kami ada hubungan yang serius.

“Untuk lelaki yang mahu menjadi suami saya, perkara yang perlu mereka lakukan ialah menawan hati dua hero dan cinta hati saya terlebih dahulu. Kalau anak-anak saya suka, saya sebagai ibu mereka akan menerima dengan hati terbuka,” kata Rita.

Tanpa menafikan Donna mesra dan rapat dengan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5, Rita memberitahu tidak semestinya hubungan tersebut diterima oleh anak-anak.

“Rapat dengan anak-anak tak semestinya anak-anak terima sebagai ayah baharu mereka kan…jadi semua ini terpulanglah kepada anak-anak. Anak-anak suka, saya pun akan suka,” kata Rita yang kini sangat sibuk dengan perniagaan makanan Rumah Kueh di Kota Damansara.

Cawangan baharu

“Waktu saya sekarang ini dipenuhi oleh aktiviti berniaga. Pagi-pagi saya menghantar Rayyan ke sekolah dan bawa seorang lagi ke kedai. Saya mula memasak seawal jam 10.30 pagi bagi hidangan makan tengah hari bermula pukul 12 tengah hari.

“Kemudian di sebelah petang saya ambil Rayyan dari sekolah dan bawa ke kedai sehinggalah tutup kedai pada pukul 7 malam. Saya agak sibuk setiap hari sebab saya tiada pembantu rumah. Semuanya saya uruskan sendiri. Sebelah malam sahajalah baru dapat berehat dan melihat mesej-mesej di telefon.

“Apa pun, saya bersyukur Rumah Kueh yang dibuka sebelum puasa mendapat sambutan menggalakkan. Saya ada terfikir dan merancang untuk membuka cawangan di Johor Bahru memandangkan ramai pelanggan saya dari negeri tersebut,” kata Rita yang ditemui ketika pelancaran jenama beg tangan Victoria Sloane oleh Rita Sosilawati di Fashion Valet, Bangsar, baru-baru ini.

-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");