Panasnya Hari Ini

Perindahkan Sekitar Tugu Negara Tak Beri Manfaat

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan projek transformasi kawasan Tugu Negara kepada taman rimba kota yang menelan belanja sebanyak RM650 juta kerana tidak memberi manfaat.

Ujarnya, tindakan untuk memperindahkan persekitaran Tugu Negara tidak memberi manfaat kepada tentera atau waris pahlawan negara yang masih hidup.

“Persoalannya bagaimana waris mereka yang masih hidup yang memerlukan perbelanjaan untuk teruskan kehidupan. Makan, pendidikan, perumahan, perubatan dan sebagainya.

“Saya terfikir bagaimana kalau RM650 juta digunakan sebagai biasiswa untuk anak-anak pahlawan negara? Kalau buat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh dapat dalam tujuh atau lapan buah MRSM. Atau satu politeknik.

“Atau hospital di Lahad Datu atau Sarikei, atau Menggatal atau Bau. Yang mana lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara?”soalnya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ucapannya berkata, projek transformasi itu adalah antara usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Projek seluas 26.7 hektar itu menelan belanja kos RM650 juta yang 75 peratus atau RM500 juta dibiayai oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");