Isu Panas

Persempadanan semula rugikan Pas

AMPANG – Persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menguntungkan Umno dan tidak memihak kepada parti lain termasuk Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerusi Pas di Selangor juga menerima kesan yang besar akibat cadangan SPR itu.

“Terdapat Daerah Mengundi (DM), di mana Pas telah menang pada PRU13 dikeluarkan dari kawasan Dun Pas.

“Manakala terdapat DM yang dimenangi BN dari kawasan lain dimasukkan ke dalam kawasan Pas. Contohnya Dun Chempaka, lima DM yang dimenangi Pas pada PRU13 telah dikeluarkan dari kawasan tersebut.

“DM itu adalah Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Mewah, Kampung Baru Ampang 3 dan Pandan Indah Jalan 5,” katanya.

Manakala katanya, DM Kampung Cheras Baru Timur dari kawasan Teratai yang dimenangi BN pada PRU13 dimasukkan ke dalam Dun Chempaka.

“Akibatnya, berdasarkan keputusan PRU13, majoriti bagi Chempaka akan berkurangan 1,829 undi. Perkara sama juga berlaku pada banyak kerusi Pas.

“Malah berdasarkan keputusan PRU13, terdapat kerusi Dewan Negeri dan kerusi Parlimen yang Pas akan kalah. Ini termasuk kerusi disandang oleh Exco Pas. Jelas sekali persempadanan ini tidak menguntungkan Pas,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang menyebarkan fitnah mendakwa persempadanan semula itu menguntungkan Pas agar menghentikan tindakan mereka.

“Jika mereka tak pandai mengira, kami boleh menyediakan kelas matematik untuk mereka. Kami menggesa rakyat agar menolak tuduhan tersebut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");