Panasnya Hari Ini

Rafizi Dakwa PTPTN Tak Mampu Tanggung Pembiayaan Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa negara kini berdepan dengan krisis pendidikan tinggi apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak lagi mampu menanggung keperluan pembiayaan pendidikan tinggi.

Ujarnya, di antara tahun 2010 hingga 2015, jumlah pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam telah mengalami kejatuhan mendadak.

“Saya merujuk kepada buku Info PTPTN 2011 dan sumber-sumber lain untuk melengkapkan senarai pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN dari penubuhannya (1997) hingga 2010 mengikut pecahan IPTA dan IPTS.

“Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap pada 19 November 2015 menunjukkan pembiayaan baru (diluluskan dan diagihkan) bagi sembilan bulan pertama 2015 hanyalah RM2.08 bilion.

“Walaupun saya belum mendapat jawapan bagi pembiayaan sepanjang 2015, oleh kerana semester pengajian bermula sebelum September, saya merasakan bahawa pembiayaan setakat September adalah anggaran yang baik bagi pembiayaan baru yang diluluskan bagi setiap tahun,”katanya menerusi satu kenyataan.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, jumlah pembiayaan pendidikan baru yang diluluskan oleh PTPTN bagi 2015 (sekitar RM2 bilion) adalah satu pertiga dari jumlah pembiayaan baru yang diluluskan oleh PTPTN bagi 2010 (sekitar RM6 bilion).

Ujarnya, jika dakwaan itu benar, ia bermakna bahawa jumlah pelajar yang tidak mendapat pembiayaan pendidikan sama ada di IPTA atau IPTS bagi tahun 2015 dan sehingga kini naik mendadak kerana jika pada 2010 jumlah yang diperlukan untuk membiayai pinjama baru adalah RM6 bilion, sudah tentu bagi 2015 jumlahnya lebih tinggi dari itu.

“Malah, beberapa tindakan drastik oleh PTPTN seperti menyenarai hitam peminjam, memotong gaji secara automatik sehingga baki yang kecil tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan bulanan, menghadkan pembiayaan penuh kepada peminjam dari keluarga penerima BR1M sahaja menunjukkan bahawa ada krisis aliran tunai yang dihadapai PTPTN.

“Oleh kerana sistem pendidikan tinggi di negara ini bergantung sebahagian besarnya kepada PTPTN untuk membiayai pelajar, kegagalan PTPTN membiayai pelajar pada jumlah yang drastik bermakna sistem pendidikan tinggi yang ada sekarang sedang berdepan krisis yang runcing,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");