Berita Hari Ini

Teliti kesan mudarat hukum gugur janin

Kota Bharu: Hukum untuk mengugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus zika perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, langkah itu untuk memastikan sejauh mana mudarat dan kecacatan yang diramal terhadap bayi berkenaan.

“Perkara ini (virus Zika) perlu diteliti sejauh mana kesan mudaratnya dan kecacatan yang diramal itu berlaku, kalau tidak nanti, tidak pasal-pasal kita membunuh (bayi).

“Zika ini adalah isu nasional dan kita perlu dapatkan kata sepakat di peringkat nasional sebelum keputusan dibuat,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika.

Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan hukum menggugurkan janin bagi wanita dijangkiti virus Zika dibenarkan sekiranya janin belum mencapai usia 120 hari atau empat bulan selepas disahkan implikasinya kepada ibu atau janin.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");