Perak Hari Ini

Sultan Perak Lancar Logo, Pelan Strategik MAIPk

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tempoh lima tahun, 2016 hingga 2021.

Baginda bertitah bahawa logo tersebut dilakar untuk memberi satu identiti kepada Majlis dan hanyalah satu lakaran di atas kertas, logo ini, sekadar satu simbol serta satu lambang.

“Yang lebih penting dibina, ialah imej dan reputasi, serta persepsi positif di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap Majlis (MAIPk).

Titah baginda lagi,pelancaran Pelan strategik oleh MAIPk bagi lima tahun akan datang  merupakan komponen pengisian yang mengandungi rangka kerja tindakan untuk mencapai misi dan objektifnya tersendiri.

“Kerana itu Majlis turut mengambil langkah, merangka pelan strategik untuk tempoh lima tahun akan datang. Pelan strategik ini, ialah komponen pengisian yang mengandungi rangka kerja tindakan untuk mencapai misi dan objektif Majlis,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini hari ini.

“Dalam tempoh lima tahun perlaksanaannya, pelan strategik ini harus memberi ruang kepada pengubahsuaian. Teknologi pada hari ini, berubah dengan fasa yang tersangat laju.

“Situasi ekonomi dan urusniaga dunia, begitu jua senario politik dan urus tadbir dunia tidak kekal statik.  Penemuan baru terus berlaku, perubahan turut berlaku sepanjang masa.

“Oleh itu, ahli-ahli MAJLIS hendaklah berwaspada, peka dan cerdas untuk membaca dan mentafsir dinamik yang berlaku, serta sedia melakukan pengubahsuaian kepada strategi yang telah diperkenankan ini, selaras dengan perkembangan dan perubahan, senario semasa dunia dan negara,” titah baginda.

Yang hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Logo tersebut mempunyai elemen bunga padi yang melambangkan kemakmuran negeri dan MAIPk yang progresif serta dinamik selain daripada penggunaan huruf ‘pa’ dalam tulisan jawi dan abjad ‘p’ dalam tulisan rumi iaitu simbolik kepada huruf awalan bagi negeri Perak.

Tiga titik pula melambangkan tonggak ajaran Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan selain manifestasi kepada tiga tonggak pemerintahan beraja di Negeri Perak iaitu Sultan Perak, Raja Muda dan Raja Di-Hilir.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");