Jenayah

Terbabas, langgar `divider’, terbakar

Seremban: Lelaki Singapura terbunuh selepas Ducati yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 276 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat R&R Seremban, di sini, hari ini.

Wong Chee Wai, 26, dari Seremban ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas, terjatuh di laluan kanan sehingga menyebabkan motosikalnya terbakar selepas melanggar penghadang jalan, pada kejadian 10.20 pagi.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala motosikalnya terbakar 100 peratus.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abdul Rahim, berkata satu jentera bersama tujuh pegawai dan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 10.22 pagi.

“Bomba memerlukan kira-kira tiga minit untuk memadamkan kebakaran. Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");