Sukan Hari Ini

Terbuka Jepun: Pasangan Peng Soon-Liu Ying kandas

KUALA LUMPUR: Cabaran beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Terbuka Jepun berakhir selepas tersingkir di separuh akhir, sebentar tadi.

Pilihan kelima itu terpaksa akur apabila tunduk di tangan pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na 14-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan hasrat Peng Soon-Liu Ying untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2012 tidak kesampaian.

Pasangan negara itu berpeluang menebus kekecewaan. apabila beraksi di Terbuka Korea yang bermula, Selasa ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");