Perak Hari Ini

Trafik Perlahan Di Beberapa Lokasi Di Perak

IPOH : Sehingga jam 12 tengahari, aliran trafik di beberapa lokasi di negeri ini mulai perlahan.

Ia disebabkan jumlah kenderaan semakin bertambah pada berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut esok.

Sumber dari Twitter@plustrafik melaporkan, trafik mulai sibuk dari Tapah menuju Hentian Sebelah Ladang Bikam arah selatan.

Selain itu, pergerakan kenderaan turut dikesan perlahan selepas Hentian Ladang Bikam menuju ke Bidor.

Aliran trafik di Terowong Menora menuju ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak juga dilaporkan semakin perlahan disebabkan jumlah kenderaan yang menuju ke arah Utara bertambah.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjung mengernai keadaan lalulintas di lebuhraya utama, boleh melayari Twitter @plustrafik.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk perjalanan yang lebih lancar pada musim perayaan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");