Membawang Hari Ini

Ezad berubat kampung

Risau juga Cik Pang bila mendengar berita mengenai tahap kesihatan penyanyi Ezad Lazim yang tidak menentu.

Sebenarnya beberapa kali juga Cik Pang berkongsi berita mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Demi Cinta ini kini berulang-alik ke hospital kerana menghidap penyakit Gastro Esophagel Refluks Desease (GERD).

Penyakit yang dihidapi juga sangat teruk apabila sudah tiga kali dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah hingga 40 kali.

Cik Pang difahamkan, lunyai badan Ezad hinggakan selepas itu tidak boleh berbuat apa-apa selama seminggu dan berehat panjang.

Apa yang merunsingkan Ezad mahupun isteri merangkap pengurusnya, Zeana, walau dalam keadaan mereka berjaga-jaga terutama pengambilan makanan tetapi ia berlaku juga.

Sebelum ini Ezad terpaksa membatalkan persembahan dan temubual di radio kerana muntah teruk. Apabila ditanya apakah makanan yang diambil sebelum ini, kata Zeana suaminya makan durian. Itupun sedikit saja kerana teringin.

Terbaru apabila Ezad tidak dapat menghadiri satu sidang media kerana dilaporkan dua hari sebelum itu kembali muntah-muntah disebabkan mungkin sewaktu menjayakan persembahan di Melaka dia makan asam pedas.

Ibaratnya, apa saja yang dia makan kini semua tidak kena sampaikan Ezad takut hendak makan apa-apa. Malah keadaan Ezad dilihat semakin uzur dan kurus.

Melihat perkembangan yang membimbang­kan itu, Ezad terpaksa sekali lagi dibawa pulang ke kampungnya di Kedah untuk berubat.

Jika sebelum ini dia mendapatkan rawatan doktor pakar di sana, kali ini Zeana cuba pula berubat kampung. Katanya, mereka cuba sedaya mungkin untuk mengubati masalah kesihatan yang dihidapi Ezad. Mana tahu rawatan tradisional boleh membantu selain bergantung kepada ubat-ubatan moden.

Dalam situasi ini, memang sebaik-baiknya kita berusaha dan mencuba apa juga rawatan yang dirasakan dapat membantu memulihkan kesihatan Ezad.

Cik Pang sendiri sentiasa mendoakan Ezad segera sembuh. Paling tidak, penyakit dihidapi tidak menyerang secara tiba-tiba dan dia boleh mengawalnya agar mudah untuk bekerja.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");