Sukan Hari Ini

200 roti canai hijau kuning percuma Ahad ini

JITRA: Sebanyak 200 roti canai warna hijau kuning akan diedarkan secara percuma kepada penyokong Helang Merah sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang Selangor, Ahad ini.

Pemilik Restoran Didie Canai, Mohd Najmuddin Mohd Nor, 29, berkata pemberian roti canai percuma itu adalah untuk menyuntik semangat penyokong pasukan Hijau Kuning yang sentiasa menyokong pasukan itu.

Katanya, roti canai terbabit terhad kepada pengunjung yang datang ke restorannya untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Penyokong yang tidak dapat pergi ke Stadium Shah Alam, Selangor, boleh merebut peluang dengan menonton perlawanan akhir sambil menikmati roti canai percuma.

“Kami sengaja mewarnakan roti canai terbabit mengikut warna pasukan Kedah bagi menyemarakkan semangat penyokong yang akan setia menyaksikan perlawanan yang ditayangkan menggunakan skrin besar,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Najmuddin berkata, orang ramai yang ingin menikmati roti canai Hijau Kuning secara percuma bolehlah boleh datang ke restorannya di Taman Tunku Maheran, Jitra Kedah, Ahad ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");