Sukan Hari Ini

Muhammad Ezzri, Kah Yan unggul

KEJOHANAN Skuasy CIMB Foundation National Junior Kali Ketujuh menyaksikan Muhammad Ezzri Nasri dari Pulau Pinang dan Ooi Kah Yan dari Negeri Sembilan muncul juara kategori lelaki dan wanita bawah 19 tahun (B-19) di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ezzri yang juga pilihan pertama kategori lelaki bawah 19 tahun tidak berdepan masalah untuk menjinakkan lawannya yang juga pemain pilihan kedua dari Kuala Lumpur, Muhd Aqif Ampandi, 11-8, 9-11, 11-7, 11-9.

Bagi Ezzri, sokongan daripada ahli keluarga menjadi kunci utama kepada kejayaan untuk menjuarai kejohanan pada edisi kali ini.

“Ia jelas sekali satu saingan yang cukup sengit untuk saya dalam perlawanan akhir ini. Namun, saya dapat berjaya kekal fokus mencari kelemahan lawan seterusnya memenangi perlawanan cukup sengit ini.

“Saya juga amat gembira kerana berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa tewas dalam tiga pusingan kejohanan ini.

“Dan semuanya ini adalah berkat soko-ngan padu daripada ahli keluarga saya yang sanggup datang dari Pulau Pinang untuk menyaksikan aksi perlawanan akhir ini.

Sementara itu, bagi kategori wanita bawah 19 tahun, pilihan pertama kejohanan, Kah Yan juga tidak berdepan masalah apabila dengan mudah menewaskan pemain pilihan ketiga, Chan Yiwen dari Kuala Lumpur dengan straight set, 11-5, 11-6, 11-8.

Tambah manis lagi Kah Yan pemain yang menjadikan ratu skuasy negara Datuk Nicol David idolanya juga turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan ini berdasarkan mata terkumpul dari tiga pusingan yang berlangsung di Kuantan dan Bukit Jalil.

Danial, Jia Hui turut menyerlah

Kategori Bawah 17 Tahun (B17) pula menyaksikan Danial Nurhaqiem Shahrul Nizam dari Terengganu mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil muncul pemenang kategori lelaki.

Pemain berumur 15 tahun itu memerlukan empat set untuk menewaskan Duncan Lee dari Sabah 11-6, 11-7, 11-13, 11-8.

Untuk kategori wanita, Jessica Keng Jia Hui dari Sabah muncul pemenang selepas menewaskan pilihan kedua dari Kuala Lumpur, Noor Ainaa Amani Ampandi, 11-6, 11-8, 11-7.

Hadiah disampaikan Ketua Tanggungjawab Korporat Yayasan CIMB, Freddie Acho Bian.

Antara yang hadir Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Huang Ying How; Pengarah SRAM dan Mejar (B) S Maniam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");