Isu Panas

Ada sebab kenapa Amanah terus pujuk Pas

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak untuk terus memujuk Pas bersama parti-parti politik pembangkang di negara ini bagi bertanding menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pembangkang masih mempunyai waktu untuk membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.

“Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Amanah juga ingin tegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namun batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju dapat dimuktamadkan dengan segera.

“Kekuatan sedia ada iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata beliau yakin dan percaya bahawa rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan pendirian mereka untuk menentang kezaliman BN.

“Rakyat akan menolak parti yang bersama dengan kezaliman BN walaupun berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama BN,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");