Jenayah

Curi dokumen

Seremban: Kumpulan lelaki memecah masuk sebelum menyelongkar almari dan meja di dalam 12 bilik pejabat Jabatan Psikiatri, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, dipercayai mahu mencuri dokumen, kelmarin.

Sumber berkata, siasatan yang dilakukan mendapati penjenayah terbabit berbuat demikian kerana cuba mendapatkan rekod seorang pesakit yang akan dibicarakan di mahkamah berkaitan kes jenayah bagi melupuskan bukti.

“Kejadian dipercayai ber laku antara jam 4 dan 5 pagi sebelum disedari seorang pembantu hospital ketika mahu memulakan tugas jam 7.21 pagi (kelmarin) lalu menghubungi ketuanya untuk membuat laporan polis.

“Siasatan awal mempercayai perbuatan penjenayah bukan bermotifkan rompakan kerana tiada barang berharga disimpan dalam bilik berkenaan didapati hilang.

“Sebaik menerima maklumat, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan.

Katanya, siasatan mendapati kesan umpil pada semua bilik dan keadaan berselerak.

“Kami dimaklumkan tiada barangan berharga disimpan dan kebanyakan bilik adalah tempat simpanan dokumen. Namun, setakat ini kami belum mengenal pasti barangan hilang dan nilai kerugian dialami,” katanya memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");