Berita Hari Ini

Air pasang besar: Kerajaan bayar ganti rugi kepada petani, penternak

DUNGUN: Kerajaan akan membantu petani dan penternak, yang menjadi mangsa tragedi air pasang besar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya masih belum menerima laporan lengkap berhubung kerugian dialami petani dan penternak di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, akibat air pasang besar.

Katanya, beliau sudah mengarahkan kementeriannya membuat laporan terperinci berhubung kerugian dialami golongan itu.

“Sebaik kita menerima laporan, kerajaan akan segera membayar ganti rugi dialami mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan benih, makanan ikan dan peralatan pukat kepada 17 pengusaha ikan sangkar, yang terjejas akibat fenomena itu.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.

Sementara itu Ahmad Shabery berkata, sejak dua tahun lalu, kerajaan melalui Jabatan Perikanan membelanjakan sebanyak RM90,500 kepada pengusaha ikan sangkar di Paka, yang terjejas akibat perubahan kualiti air.

Katanya, sebagai langkah tambahan, penternak ikan di seluruh negara perlu diberi kursus pendedahan mengenai parameter air dan pemeriksaan kualiti air.

“Jabatan Perikanan akan membekalkan peralatan pemantauan kualiti air bagi memudahkan tindakan segera diambil.

“Kita juga mengarahkan Jabatan Perikanan membuat pemantauan berkala, manakala Jabatan Alam Sekitar perlu melakukan pemantauan ke atas kilang berhampiran supaya tidak menjadi punca perubahan kualiti air di sungai ini,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");