Sukan Hari Ini

Australia sahut cabaran hoki Piala Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Hubungan baik Australia-Malaysia berterusan apabila skuad hoki negara itu sekali lagi tampil menyertai saingan Piala Sultan Johor (SOJC) di Johor Bahru, minggu depan, namun kedatangan Kookaburras kali ini bukan sebagai sahabat.

Tahun lalu, Australia menamatkan saingan SOJC di kedudukan kelima, gagal menaiki podium pada Piala Dunia Remaja 2013 dalam dua edisi berturut-turut, sekali gus meletakkan pasukan bimbingan Ben Bishop itu di bawah tekanan.

Kookaburras akan memulakan kempen di stadium Hoki Taman Daya, menentang Jepun 31 Oktober ini sebelum ke Lucknow, India, menghadapi saingan Piala Dunia Remaja.

“Tahun ini, SOJC menjadi medan ujian sebelum kami ke Piala Dunia Remaja. Saya mahu melihat sejauh mana Burras (pemain) menunjukkan kemajuan dalam kejohanan ini sebagai penanda aras ke Piala Dunia Remaja nanti,” kata Bishop.

“Seperti biasa, sukar untuk memilih kumpulan pemain ini. Program remaja di negara sangat bagus dan menghasilkan keputusan yang baik,” katanya dalam satu temu bual di Australia, baru-baru ini.

“Pemain yang terpilih ini mendapat peluang merasai saingan hebat di Johor kali ini, apabila bakal berdepan pasukan-pasukan berkualiti. Bishop pastinya mahu mengelak dari mengulangi pencapaian 2015 apabila Australia hanya mampu menewaskan Pakistan.

Australia tewas kepada Argentina pada perlawanan pembukaan sebelum bangkit mengatasi Pakistan 6-2, sebelum tewas kepada tuan runah Malaysia 3-2.

Selepas itu, Australia sekadar seri 4-4 dengan Great Britain dan tewas 1-0 kepada India, sebelum sekali lagi menang 5-0 ke atas Pakistan bagi mengelak menghuni tangga tercorot.

Australia tidak banyak menukar pemainnya sejak tahun lalu. Anyara pemain yang kekal adalah Olimpian Rio, Blake Govers dan Tom Graig.

Kiran Arunasalam dari skuad pembangunan turut tersenarai dan selebihnya, pemain remaja kebangsaan.

Memiliki kumpulan bakat yang besar, pemain biasanya tidak akan memandang ringan saingan di SOJC kerana mahu merebut tempat ke Lucknow, India.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");