Panasnya Hari Ini

Bajet 2017: Berpegang Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan

KUALA LUMPUR: Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini digubal dengan berpegang kepada lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara prinsip dan falsafah berkenaan adalah mengutamakan kesepaduan nasional melalui kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara.

“Selain itu, kerajaan kini adalah kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara.

“Kerajaan ini adalah kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan ini adalah kerajaan yang gigih dengan arah tuju jelas, perancangan sistematik dan pelan pelaksanaan tersusun, efisyen serta holistik.

“Kerajaan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan, dan kecemerlangan,” katanya.

Terdahulu, Bajet 2017 yang dibentang tersebut bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");