Membawang Hari Ini

Eksploitasi medium digital

Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) sentiasa bersedia menerima setiap perubahan yang bakal berlaku terhadap stesen radio di bawah rangkaian mereka.

Justeru, mereka sentiasa memastikan hala tuju dibentuk dengan baik dan strategik sesuai mengikut peredaran masa.

Melihat keadaan sekarang yang menjadikan medan digital sebagai perkara utama dalam mendapatkan sesuatu maklumat, RRMP berusaha memastikan radio di bawah rangkaian mereka juga turut sama menyertainya.

Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul berkata, jika sebelum ini pengguna hanya dapat mendengar radio di saluran frekuensi, kini mereka mempunyai pilihan lain dengan mendengarnya melalui digital.

“Kami sentiasa memandang ke hadapan dan bersedia terhadap sesuatu perubahan. Melihat perubahan drastik dalam teknologi sekarang radio kian menjadi lebih releven.

“Kami ambil kesempatan terhadap perkara itu dengan mengeksploitasi radio supaya menjadi lebih kuat dan lebih besar. Ini kerana kajian menunjukkan 97.2 peratus rakyat Malaysia mendengar radio. Catatan ini menunjukkan penggunaan radio lebih tinggi berbanding media lain. Dengan adanya medium digital kini, orang ramai juga boleh mendengar radio melalui media sosial,” katanya.

Seelan berkata, perkara ini tidak hanya memberi kepuasan kepada masyarakat malah ia memberi impak buat pengiklan.

“Pengiklan juga kini diberi pilihan sama ada untuk mempromosikan iklan mereka di frekuensi radio atau digital. Melalui digital iklan mereka lebih puas ditonton kerana memaparkan skrin dan jalan cerita.

“Pendengar pula puas kerana dapat menyak­sikan lebih banyak tontonan berbanding hanya mendengar melalui frekuensi. Banyak segmen yang mereka terlepas boleh didengar semula di laman digital,” katanya.

Empat stesen radio di bawah RRMP ialah Hot FM, Kool FM, Fly FM dan One FM.

Sentiasa peka dengan hala tuju RRMP, Seelan berkata, tahun depan mereka bakal melancarkan sebuah pengisian Podcasts apabila pendengar boleh mendengar semua saluran radio di bawah RRMP melalui digital, malah beberapa segmen yang tidak dimainkan di radio boleh didengar di saluran Podcasts ini.

“Banyak perancangan yang kami atur untuk memastikan RRMP seiring dengan era digital. Ini bagi memberi peluang kepada pendengar yang tidak berpeluang mendengar radio.

“Mereka boleh ikuti kami di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. Bagaimanapun, kami tidak melupakan frekuensi radio kerana yakin masih ada pengguna yang berpegang dengan cara tradisional dan selesa mendengar radio melalui cara ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");