Isu Panas

Isu pencemaran air, Azmin-Noh Omar bertikam lidah

KUALA LUMPUR: Isu pencemaran air di Selangor menjadi perdebatan hangat antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin yang ketika itu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 meminta Noh supaya tidak campur tangan dalam isu air di negeri itu kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya.

“Yang Berhormat Tanjung Karang (Noh) perlu fokus pada isu perumahan dan kesejahteraan bandar bukannya masuk campur isu air di Selangor.

“Jadilah seperti Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) yang turun padang dan berbincang dengan Kerajaan Negeri selesaikan masalah pencemaran sungai dan kita setuju bentuk pasukan khas bersama,” katanya.

Azmin turut menyatakan Noh tidak perlu campur tangan dan mempolitikkan isu air di Selangor.

“Nak jaga udang pun gagal macam mana Tanjung Karang (Noh) nak menjaga sungai…., ” katanya.

Mendengar itu, Noh bangun meminta diberikan laluan untuk beliau menjawab tuduhan Azmin. Azmin tidak mahu memberikan laluan dengan alasan beliau kesuntukan masa.

Noh yang berang terus bangun dan meminta laluan diberikan. “Sungai tercemar pun tidak boleh jaga…ada banyak kilang membuat pencemaran kenapa tidak ambil tindakan, ini tugas Kerajaan Negeri…adakah sebab sudah dibayar?…ada rasuah,” soalnya.

Berang dengan pertanyaan itu, Azmin terus menyerang Noh dengan menyatakan bahawa menteri berkenaan seorang penyamun dan perasuah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta Azmin dan Noh duduk, namun tidak diendahkan dengan kedua-duanya bertengkar serta tuduh menuduh mengenai rasuah.

Apabila keadaan semakin reda, Pandikar kemudiannya mengeluarkan arahan menangguhkan sesi perbahasan untuk rehat sebelum disambung sebelah petang.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");