Sukan Hari Ini

‘Hilang takhta akibat tersasar laluan’

Port Dickson: Kesilapan ketika perlumbaan menghampiri penghujung membuatkan pelumba SBS-Giant Tan Chee Yong terpaksa menyerahkan mahkota kejuaraan Lelaki Senior Master kepada pelumba Thailand Allstar semalam.

Chee Yong berkata, dia tersasar dari laluan ketika perlumbaan tinggal kira-kira 150 meter dari garisan penamat yang membolehkan pencabar terdekatnya, Chipmart Prasert memintasnya bagi dinobatkan juara dengan catatan 1 jam 44 minit 50 saat manakala Chee Yong mencatat 1:45:0s.

“Saya keliru dengan laluan perlumbaan sehingga sedikit tersasar sekali gus memberi peluang kepada pelumba Thailand itu memotong.

“Memang sedikit kecewa kerana saya mendahului ketika itu, tapi tetap puas hati masih dapat menduduki tempat kedua dan mengekalkan pencapaian terbaik di kejohanan ini.

“Saya berharap dapat menebus kekecewaan ini pada sirkit terakhir di Johor, Disember nanti,” kata Chee Yong. Tempat ketiga milik peserta individu Mohd Razani Hussin yang mencatatkan 1:45:49s.

Mohd Zukri Azizul Azli dari Polygon pula mengungguli kategori Lelaki Junior Master dengan 1:43:15s, diikuti Azizul Shaari Ali (Proucell) kedua 1:45:05s dan Zamilan Abdullah (Stevie 46) ketiga 1:45:15s.

“Trek di Lukut agak panjang dan mencabar namun saya bersyukur dapat menamatkan pertandingan ini dengan cemerlang,” kata Zukri.

Bagi kategori Lelaki Junior, Mohd Zahin Wahid dari Temasya Crankers muncul juara dengan 1:43:04s, diikuti

Muhammad Fakhruazam Mohd Hanifiah (Safari Factory) kedua 1:45:23s dan Mohd Fikri Majimin (Ulukenderong) ketiga 1:45:23s.

Zahin berkata, dia tidak sangka dapat muncul juara kerana hanya menyasarkan kelompok 10 terbaik.

“Saya puas kerana memenangi sirkit ini biarpun diberikan saingan hebat. Saya hanya menyasarkan podium dan tidak sangka dapat menduduki tempat pertama,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");