Isu Panas

Kunjungan Puteri Umno ceriakan penduduk

MARANG: Kunjungan ahli Puteri Umno Dun Alur Limbat ke tiga kampung, di sini, bagi tujuan menziarahi masyarakat ternyata menggembirakan penduduk setempat.

Seorang dari tiga penduduk itu, Romlah Mat Zain dari Tok Hakim, Kuala Terengganu amat gembira apabila Puteri Umno Dun Alur Limbat dapat meluangkan masa turun padang dan menziarahi mereka.

Selain Romlah, Ainul Husraa Mohd Zubaidi dari Pusu Tiga dan Siti Halijah Abdullah dari Kampung Tebakang di Marang turut menerima kunjungan sempena Program ‘Ziarah Kasih Puteri Prihatin’ Dun Alor Limbat.

Program anjuran Pengurusan Puteri Umno Dun Alur Limbat itu diketuai Pegawai Penyelaras Puteri Umno Dun Alur Limbat, Nur Hazwani Roslan.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri Bahagian Marang, Noraini Zakaria dan Pegawai Jasa negeri, Norina Mohamad.

Nur Hazwani berkata, program itu dijalankan bagi menyelami masalah masyarakat terutamanya dalam kalangan anggota dan ahli keluarga Puteri Umno Dun Alur Limbat yang sakit dan baharu bersalin.

“Bagaimanapun Puteri Umno Dun Alur Limbat tidak sama sekali meminggirkan golongan warga emas yang sakit dan susah dalam erti kata lain, kami sama sekali tidak memilih status bagi menjalankan program ziarah ini.

“Program ini dijalankan sepanjang tahun dan diharap dapat meringankan beban ditanggung keluarga terbabit dan dalam masa sama dapat mengeratkan silaturahim di kalangan Puteri dan masyarakat Dun Alur Limbat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");