Berita Hari Ini

Kelantan bentang belanjawan defisit

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membentangkan Bajet 2017 dengan menyaksikan belanjawan defisit iaitu sebanyak RM42.65 juta berbanding RM45.61 juta sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Bajet 2017 tersebut di Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dun Kelantan, di sini hari ini.

Ahmad Yakob turut mengumumkan anggaran hasil negeri untuk tahun depan adalah sebanyak RM636.98 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM179.67 juta, hasil bukan cukai RM308.02 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM149.29 juta.

Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM43.18 juta ataupun 7.27 peratus berbanding anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");