Sukan Hari Ini

Keputusan FAM ‘bantu’ misi Razip

Kuantan: Jurulatih Pahang Razip Ismail tidak menyangka pasukannya akan kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas dihadiahkan tiga mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan Kedah menurunkan pemain yang digantung pada pertemuan 3 Ogos lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, pengumuman mengejutkan itu sememangnya dialu-alukan ketika Pahang bergelut untuk memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Super menerusi pertemuan menentang T-Team malam esok.

Katanya, kemenangan 3-0 ke atas Kedah yang menyaksikan skuad Tok Gajah tewas 0-1 pada perlawanan berkenaan membantu Pahang melonjak ke tangga ke-8 sekali gus kekal dalam saingan liga elit negara untuk musim 2017.

“Sebagai jurulatih sudah pasti saya gembira dan pada masa sama terkejut dengan pengumuman FAM kerana sememangnya ia tidak dijangka.

“Namun, saya berbangga kerana misi utama selepas mengambil alih tugas selaku jurulatih untuk memastikan Pahang kekal dalam Liga Super, berjaya dilaksanakan.

“Sebenarnya, kerja keras pemain dengan mencatat kemenangan ke atas Selangor dan Pulai Pinang pada dua perlawanan terakhir turut membantu kami kekal,” katanya.

Bagaimanapun, Razip tetap mengharapkan anak buahnya mempamerkan prestasi terbaik pada aksi terakhir biarpun mereka sudah mengesahkan status kekal dalam saingan liga.

Menurutnya, sebaiknya aksi terakhir itu berakhir dengan kemenangan sebagai meraikan kejayaan kekal bersaing dalam saingan utama liga selepas mengharungi cabaran getir sepanjang musim.

“Saya percaya semua pemain akan memberikan yang terbaik untuk menang pada aksi terakhir Liga Super musim ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");