Jenayah

Datuk, cucu saudara maut kemalangan

MERSING: Dua maut dalam kemalangan melibatkan Perodua Kancil dengan Honda Oddisey dekat KM 25 Jalan Kota Tinggi – Mersing, jam 3.15 petang, semalam.

Pemandu Perodua Kancil, Ibrahim Mohd Noor, 53 disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Mersing jam 9.05 malam tadi manakala cucu saudaranya, Puteri Nuruliyana Norazwan, 9 meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah kira-kira 3 pagi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kereta Honda dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke Johor Bahru itu dipercayai hilang kawalan.

“Pemandu Honda dipercayai hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan lalu berlanggar dengan Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Kes disiasat di bawah Sek.41(1)APJ 1987. Kes masih dalam siasatan polis,” katanya.

Kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Tanjung Balang Pulau Tinggi, dekat sini.

Semasa kejadian Perodua Kancil yang dipandu Ibrahim dinaiki isteri dan dua anaknya serta Putri Nuruliyana.

Difahamkan isteri dan anak perempuan Ibrahim masih mendapatkam rawatan di hospital sementara anak lelakinya telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pemandu dan dua penumpang Honda itu disahkan tidak mengalami kecederaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");