Perak Hari Ini

“Kita Tak Pernah Abaikan Pak Mek”

IPOH:”Bantuan telah diberikan kepada Pak Mek sejak tahun lalu,” ujar Exco Kerajaan Negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kisah viral seorang warga emas Saad Yoap, 91 yang tinggal berseorangan dalam keadaan daif di Malim Nawar.

Ujar Nolee yang juga merupakan Adun Tualang Sekah berkata, pihaknya juga telah membina rumah warga emas terbabit mengikut permintaannya.

“Tanah tersebut adalah hak milik orang, tetapi kami telah meminta keizinan kerana Pak Mek ingin duduk di situ. malangnya tiada siapa pantau keadaan rumah itu selepas itu.

“Dia tak nak bergaul dengan orang tetapi jawatankuasa kampung telah menghantar makanan tiap-tiap bulan kepadanya,” katanya.

Tambah beliau lagi, baru-baru ini pihaknya telah datang ke rumah tersebut untuk membersihkannya dan telah menyediakan satu bilik kosong untuk dijadikan stor simpanan.

“Sekarang kita letakkan satu bilik stor dan ruang masak supaya tidak bercampur dengan tempat tidurnya,”katanya.

Nolee berkata pihaknya juga berhasrat untuk menghantar Pak Mek ke pusat jagaan agar lebih terurus namun beliau enggan.

“Sekiranya perlu kita akan rujuk kepada jabatan kebajikan sebab beliau duduk jauh daripada orang, dan kita akan ambil maklum dan memberikan perhatian terhadap keadaannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");