Sukan Hari Ini

Knox intai peluang pertahan trofi Juara-Juara HSBC-WGC

Shanghai: Russell Knox (gambar) menikmati pengalaman baharu menjadi juara bertahan ketika dia bersiap sedia menyertai kejohanan Juara-Juara HSBC-WGC di Shanghai hari ini.

Pemain Scotland yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu hanya bertanding pada kejohanan lumayan itu sebagai pemain gantian tahun lalu, bergegas pada saat akhir dari Kuala Lumpur sebelum melakukan kejutan besar apabila meraih kejuaraan Jelajah PGA sulungnya.

“Ini kali pertama saya mempertahankan kejuaraan sebagai pemain profesional. Perasaannya terlalu hebat,” kata Knox.

Ia minggu yang penuh dengan catatan kali pertama di Kelab Golf Antarabangsa Sheshan tahun lalu apabila Knox muncul pemain pertama Scotland menang satu daripada empat acara WGC yang menawarkan hadiah lumayan dan menduduki ranking kedua di belakang kejuaraan utama dari segi prestij.

Kemenangan itu juga kunjungan sulung Knox ke Asia berikutan penampilannya pada CIMB Classic dalam Jelajah PGA di Malaysia minggu sebelumnya.

Setahun berlalu dan kini Knox mengintai peluang muncul pemain pertama berjaya mempertahankan trofi Juara-Juara HSBC-WGC.

“Hadir pada kejohanan ini tahun lalu saya hanya terlalu gembira untuk bermain,” akui Knox mengenai kejohanan yang membariskan pemain elit dan menawarkan hadiah keseluruhan AS$9.5 juta (RM39.5 juta).

“Saya seperti, ‘hei, saya bermain dengan pemain ternama’. Saya sedar saya boleh menang tapi saya memang tidak menjangkakannya,” ujarnya.

Knox beraksi baik di Malaysia sekali lagi minggu lalu ketika Justin Thomas mempertahankan kejuaraannya. – AFP

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");