Jenayah

Terbujur di kebun

Chukai: “Dia keluar rumah jam 11 pagi untuk ke kebun selepas bersarapan di kedai makan dekat rumah. Dia tidak pulang selepas itu,” kata Hasmah Che Mat, 70, isteri warga emas yang ditemui meninggal dunia di Kampung Binjai, di sini, petang kelmarin.

Jenazah Zakaria Abdullah, 74, ditemui jam 7.50 malam oleh adik iparnya, Abd Kadir Che Mat, 49, di kebunnya dua kilometer dari rumahnya.

Menurut Hasmah, dia bimbang kerana suaminya tidak pulang selepas Maghrib menyebabkan dia meminta bantuan adiknya mencari mangsa.

“Memikirkan mungkin sesuatu yang buruk berlaku menyebabkan saya minta Abd Kadir ke kebun mencarinya.

“Sebaik adik tiba di kebun, dia mendapati suami meninggal dunia dalam keadaan mesin pemotong rumput masih digalas di bahunya,” katanya.

Menurutnya, biasanya suami pulang ke rumah pada waktu solat Zuhur dan keluar semula ke kebun selepas Asar dan balik menjelang Maghrib.

“Walaupun suami saya sudah berusia tetapi dia tidak duduk diam di rumah dan mesti ke kebun buah-buahan walaupun untuk beberapa jam saja.

“Arwah tidak pernah ke hospital memeriksa tahap kesihatannya dan memang saya tidak tahu sama ada dia ada menghidap penyakit.

“Saya reda walaupun pemergiannya berlaku dalam keadaan mengejutkan kerana tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya yang mempunyai dua anak berusia 20 dan 34 tahun.

Hasmah berkata, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");