Berita Hari Ini

Kos bina ECRL RM55 bilion ikut standard

KUALA LUMPUR – Kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 adalah dalam bentuk anggaran, belum diperhalusi dan dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, anggaran itu dalam peringkat awal dan ia akan dimuktamadkan sehingga perjanjian dimeterai.

“Sekarang belum meterai lagi, perdana menteri akan umumkannya nanti, selepas pulang dari China hujung bulan ni,”katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, perkara ini akan diperhalusi oleh unit perancang ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan, kerajaan sangat teliti dalam hal ini, lagipun semua itu melibatkan kontrak,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kerasionalan kos pembinaan ECRL dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Bajet 2017, Jumaat, lalu.

Aziz berkata, kenyataan itu adalah dakwaan Mahfuz semata-mata kerana beliau tidak melihat perkara ini secara terperinci.

“Dia ambil kesimpulan yang belum pasti dan tidak lihat semua. Bagaimana dia dakwa itu terlalu tinggi?, Dia pun tak lihat teknikal pun lagi. Untuk ke sebelah pantai timur banyak melalui gunung ganang, pembinaan terowong libatkan kos tinggi, ini jajaran baru, ianya standard di mana-mana negara dunia,” katanya.

Katanya, tidak timbul isu kos di negara lain seperti Singapura murah dan Malaysia mahal, semuanya mengikut standard.

“High speed rail di Singapura itu kita jangka lebih kurang RM50 bilion, oleh sebab itu, bajet yang dibentangkan itu adalah anggaran permulaan, belum diperhalusi bergantung pada teknikal yang akan diselaraskan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");