Isu Panas

Umno siap sedia pertahan Dun Paroi

SEREMBAN: Sebagai persiapan menghadapi PRU14, seluruh jentera Umno di kawasan Dun Paroi sedang giat meningkatkan pendaftaran pengundi baharu, khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid berkata, selain Umno, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli jawatankuasa masjid dan surau serta persatuan penduduk turut dikerah berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang masih belum berdaftar sebagai pemilih.

“Dalam tempoh 15 hari kita telah dapat daftar pengundi baru seramai 686 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi muda.

“Usaha ini juga dibuat bagi membantu orang ramai membuat pendaftaran sebagai pengundi lebih mudah. Lagipun ia adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Rakyat Dun Paroi di Taman Pinggiran Senawang di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MPS dan MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif dan Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Azharuddin Shujauddin.

Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan membuat persempadanan semula beberapa kawasan di negeri ini termasuk di Dun Paroi diharap tidak mengubah keyakinan rakyat terhadap BN.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");