Jenayah

Nahas ragut nyawa dua rakan

ALOR GAJAH: Hasrat empat sekawan untuk minum bersama tidak kesampaian apabila dua daripada mereka terbunuh selepas kereta Proton Satria yang dinaiki terbabas di Jalan Lendu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam, keempat-empat mangsa dari arah Lendu ke Rembia itu dalam perjalanan ke sebuah kedai makan di Bandar Melaka.

Sumber polis berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Muhammad Zulraidi Mohamad Japri, 20, hilang kawalan menyebabkan kenderaan dinaiki bersama tiga rakanya masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, bagaimanapun sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Rozul Hakim Md Nahir, 28, juga gagal mengelak dan berlaku pelanggaran sebelum kereta mangsa terbabas ke parit bahu jalan.

Katanya, impak kejadian itu kedua-dua rakan mereka yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian termasuk seorang pelajar tahun akhir jurusan automotif Kolej Vokasional Haji Mohd Zin, Nur Haikal Hashim, 19, kerana mengalami kecederaan dalaman sementara seorang lagi rakan mereka, pekerja bengkel kereta, Osman Endut@Pateh, 20, mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Difahamkan mereka berempat dalam perjalanan dari Lendu ke Rembia untuk ke bandar Melaka dan minum malam bersama.

“Namun kenderaan mereka hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta dinaiki seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan teruk disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga mangsa lain di bawah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, semua kenderaan ditahan di Balai Trafik Alor Gajah bagi urusan pemeriksaan Puspakom dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Zulraidi mengalami patah tulang pinggul kiri dikejarkan ke Hospital Melaka, manakala seorang lagi rakan Zulraidi serta Rozul Hakim pemandu Perodua Myvi, yang mengalami cedera ringan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat sebelum dituntut warisnya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");