Berita Hari Ini

‘Produk kami halal’

Kota Bharu: Bukan hanya wajib melalui penilaian Majlis Agama Islam Pusat, Thailand sebanyak dua kali setiap setahun, operasi pengeluaran sambal ikan nasi kerabu segera yang diusahakan turut dikendalikan 30 pekerja beragama Islam.

Semua dilakukan Syarikat Budu Him Kampung Pasir Jawa Saiburi dari Pattani, Thailand untuk memastikan produknya tiada keraguan halal dan diselenggara dengan baik tanpa penggunaan bahan perasa tambahan terlarang.

Namun, viral tersebar di laman sosial yang menyebut produk keluaran syarikat itu menggunakan atau menambah daging ular sawa menjejaskan reputasi pihak berkenaan dan jualannya merudum teruk.

Pengarah Urusannya, Ibrahim Wan Ahmad berkata, beliau tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar fitnah itu hingga menjadi viral, namun mahu menjemput media di Malaysia dan negaranya ke kilang bagi menilai sendiri pengeluaran sambal ikan terbabit selain produk lain termasuk budu.

“Meskipun perniagaan mengalami kerugian dan kami perlu kerja keras mendapatkan semula kepercayaan pembeli, saya tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak menyebabkan viral ini.

“Hanya, dalam masa terdekat saya bercadang untuk membawa media bagi menilai dan melihat sendiri bagaimana pekerja kami memproses produk bagi memberi penjelasan kepada masyarakat. Itu yang lebih baik setakat ini,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media penjelasan viral berkenaan, semalam.

Mengulas impak viral itu, Ibrahim berkata, pendapatan syarikat menurun sehingga 40 peratus dengan jualan produk sambal ikan segera merosot kepada RM100,000 berbanding RM300,000 sebelum ini.

Katanya, dakwaan mengatakan pihaknya menggunakan daging ular sawa sangat tidak berasas memandangkan produk yang diusahakan sejak 20 tahun lalu itu 100 peratus menggunakan tiga jenis ikan iaitu ikan kembung, selar dan selayang.

“Sebanyak 10,000 tan ikan sehari digunakan untuk membuat sambal dan menggunakan ikan segar tanpa bahan lain,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");