Jenayah

Nenek disamun waktu Subuh

ALOR TOK MAJAM (BACHOK) – Seorang warga emas kerugian RM4,000 apabila seutas rantai lehernya disamun seorang lelaki selepas Subuh, Jumaat lalu.

Minah Hassan, 76, berkata, ketika terdengar sayup alunan ayat al-Quran dari surau berdekatan kediamannya, dia bangun dan bersedia untuk menunggu azan Subuh.

“Lepas tu makcik bangun untuk ke ruang tamu sebelum tiba-tiba lampu rumah dipadamkan.

“Ketika itulah leher makcik dicekik dan rantai leher direntap seseorang. Makcik hanya sempat menjerit minta tolong tetapi tak sempat cakap ada orang masuk rumah,” katanya ketika diziarahi Penyelaras Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Husain di kediamannya, semalam.

Katanya, selepas itulah baru cucu-cucunya yang tinggal bersama tersedar dan keluar melihat keadaannya yang masih terkejut.

Difahamkan, suspek memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang yang usang dan mudah diumpil.

Katanya, banyak kejadian samun berlaku sekitar waktu awal pagi yang melibatkan penghuni rumah sedang asyik dibuai mimpi.

Minah tinggal di rumah itu bersama dua anak dan tiga cucunya.

Minah adalah orang kurang upaya (OKU) hidung dan merupakan penerima bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");