Jenayah

Polis sahkan 5 maut dalam kebakaran HSA

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan lima maut dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan perkara itu yang melibatkan lima pesakit dari wad rawatan rapi (ICU) selatan tingkat 2, bangunan induk HSA.

“Kita sedang menjalankan usaha menyelamat, keadaan beransur pulih.

“Kita akan keluarkan asap tebal terlebih dahulu sebelum mendapat bilangan sebenar mangsa yang terlibat. Setakat ini lima mayat telah ditemui,” katanya diperkarangan HSA, kira-kira jam 11.15 pagi.

Sulaiman turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih dan diviralkan dilaman sosial.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");