Sukan Hari Ini

Pahang kekal Liga Super

PAHANG diberi tiga mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 dalam perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada 3 Ogos lalu.

Keputusan itu menyaksikan Pahang mengesahkan slot untuk kekal dalam Liga Super musim hadapan.

Mata berharga itu diperoleh pasukan Tok Gajah itu susulan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuaratnya kelmarin memutuskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) didapati bersalah melanggar Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan ‘Obligasi Pasukan’.

FAM dalam kenyataannya semalam, tindakan itu susulan KFA menurunkan pemain pertahanan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang telah digantung secara automatik.

“Ia akibat daripada pengumpulan tiga kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos lepas di Stadium Darul Aman, Alor Setar,” katanya.

Menurut FAM, KFA didenda sebanyak RM5,000 dan diberi amaran keras selain hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah mengalahkan Pahang 1-0.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");