Sukan Hari Ini

Piala Malaysia bukan piala kampung

PEMAIN pertahanan Selangor, Shahrom Kalam menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menganggap Piala Malaysia tidak penting dan hanyalah sekadar piala kampung.

Menurutnya, semua perlawanan yang disertai Selangor disifatkan penting termasuklah Piala FA, Liga Super dan Piala AFC.

Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa The Red Giants hanya mengejar Piala Malaysia dan tidak memberikan perhatian kepada kejuaraan lebih besar seperti Piala AFC.

“Kerja kami di atas padang adalah untuk bermain dan mencari kemenangan. Itu hanya pandangan orang (mengenai Piala Malaysia).

“Tak kisah apa orang nak kata. Yang penting kami sudah berada di final dan akan bermain dengan baik Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, Shahrom berkata, persiapan serta moral pasukan berada di tahap terbaik bagi menghadapi tentangan sengit pasukan Lang Merah.

“Tahun ini pasukan mereka memang mantap, dari penjaga gol sehingga ke pemain penyerang. Mereka ada gabungan pemain muda dan senior yang baik.

“Tetapi kita tidak boleh terlalu tumpukan kepada mereka sahaja.

“Kami tahu mereka hebat jadi kami pun perlu jadi hebat dan persiapkan pasukan juga,” katanya.

Justeru, Shahrom menyifatkan pertembungan Ahad ini bakal memperlihatkan peluang sama rata antara kedua-dua pasukan.

“Saya rasa 50-50 sebab berbanding tahun lepas, line up kami dan mereka berbeza.

“Jadi kami tidak boleh baca permainan mereka dan mereka juga tidak boleh baca permainan kami,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");