Berita Hari Ini

Plus siap siaga hadapi banjir di LPT2

KUALA TERENGGANU – Plus Malaysia Bhd (Plus) yang bertanggungjawab mengendali Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah merangka pelbagai persediaan bagi menghadapi bencana banjir di laluan itu pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Urusan Plus, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata pihaknya telah melakukan beberapa persediaan awal termasuk mengenal pasti laluan yang kebiasaannya dinaiki air.

“Ini merupakan tahun pertama kita mengendalikan LPT 2 jadi kita akan kenal pasti permasalahan dan mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutupan Program Keselamatan Motosikal Gempak Mufors, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorizah berkata lesen bagi stesen minyak di kawasan LPT 2 juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya.

Katanya pihaknya yakin stesen minyak berkenaan akan diwujudkan tidak lama lagi bergantung kepada syarikat pengendali minyak itu sendiri.

Program Gempak Mufors ‘Cegah Kemalangan Jalan Raya dan Jenayah’ merupakan inisiatif untuk mendidik penunggang motosikal khususnya golongan belia supaya berhemah di jalan raya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");