Sukan Hari Ini

Rosberg kekal tenang

Sepang: Pendahulu kejuaraan pemandu Nico Rosberg tetap tenang di sebalik amaran awal rakan sepasukan Lewis Hamilton yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas semalam.

Bagi Rosberg, dia mahu memanfaatkan kedua-dua sesi latihan semalam untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai keadaan permukaan litar yang melalui proses penurapan baru.

“Litar baru ini sangat mencabar dan mempunyai tahap cengkaman yang cukup baik.

“Sememangnya agak sukar untuk mendapatkan pelarasan terbaik dengan permukaan litar jenis tarmac ini.

“Selekoh ke-15 sangat menarik kerana anda kini boleh memotong pelumba di depan dengan lebih terbuka.

“Apapun, kami berada di landasan tepat menjelang sesi kelayakan esok (hari ini),” katanya yang mencatat masa kedua terpantas semalam.

Jelas Rosberg, sudah pasti dia mengharapkan dapat melakukan catatan terpantas hari ini sekali gus menyambar petak pertama untuk perlumbaan sebenar esok.

“Tidak banyak perubahan yang perlu dilakukan ke atas jentera, begitu juga dengan strategi penggunaan tayar.

“Saya amat berharap keputusan positif akan dicapai pada sesi kelayakan nanti,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");