Sukan Hari Ini

Sairul kena buktikan kemampuan

JURULATIH baharu perseorangan wanita, Sairul Amar Ayob diharapkan mempunyai sentuhan luar biasa apabila memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hujung bulan ini.

Harapan itu disuarakan bekas jurulatih perseorangan lelaki, Rashid Sidek yang menganggap Sairul bakal mempunyai tugas berat terutama dalam mendidik pemain wanita yang ketika ini belum mencapai standard dipenuhi.

Bagaimanapun Rashid yang kini berkhidmat dengan Akademi Sports Affairs, mengakui bekas pemain perseorangan negara itu harus diberi peluang terlebih dulu.

“Pada saya masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Sairul, apa yang penting sekarang, kita bagi dia bekerja dahulu dan menyalur segala pengalaman yang ada kepada pemain.

“Tidak dinafikan memang tanggungjawab itu besar, lebih-lebih lagi pemain perseorangan wanita kita ketika ini tidak begitu memuaskan, tapi Sairul perlu sahut cabaran ini dan buktikan kepada BAM yang bekas pemain mampu menabur bakti kepada pemain tempatan.

“Pada saya, pemain wanita ada yang berpotensi terutama Goh Jin Wei, di situ kita nampak yang negara sudah ada kualiti yang bagus, cuma perlu digilap lebih baik.

“Jadi, Sairul perlu memainkan peranan dengan bekerja keras menaikkan nama pemain agar mempunyai keputusan memberangsangkan,” katanya ketika ditemui pada program Milo Champions Clinik di Sports Affairs, semalam.

Ketika ditanya pendekatan yang perlu dilakukan Sairul, Rashid berkata, bekas pemain itu perlu menambah variasi dalam corak persembahan pemain negara.

“Dia juga kena banyak beri motivasi, keyakinan kepada pemain dan latihan yang lebih spesifik terutama meningkatkan lagi skill pemain.

“Saya berharap kehadiran Sairul sebagai jurulatih mampu menjadi permulaan baharu buat mereka,” katanya,

Sairul akan ditugaskan mengemudi skuad perseorangan wanita di samping Ronny Augustinus, menggantikan Wong Tat Meng yang akan ke perseorangan lelaki.

Untuk rekod, Sairul pernah beberapa kali menjuarai Kejohanan Badminton di Eropah dan Australia.

Sairul juga pernah menduduki ranking keenam dunia ketika aktif selaku pemain kebangsaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");