Membawang Hari Ini

Siti Nurhaliza makin yakin di pentas Mahaguru Spontan

KUALA LUMPUR: Pengalaman menyertai program Super Spontan mendorong penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mencabar diri dalam program Mahaguru Spontan bersama pelawak otai lain di Istana Budaya di sini, malam tadi.

Biarpun gementar kerana yakin akan menjadi ‘mangsa’ peserta lain yang lebih berpengalaman, Siti mengakui penyertaannya berbaloi.

“Terus terang, Siti gementar sangat hingga terfikir kenapalah Siti buat keputusan untuk terima tawaran ini.

“Bukan saja bimbang dikenakan mereka (pelawak lain), tetapi Siti risau apakah Siti akan menjadi kaku di pentas. Jadi Sitipun pasrah dan ikut saja rentak permainan,” katanya kepada BH Online.

Ditemui sejurus persembahan di Panggung Sari berakhir, Siti bersyukur semua pelawak memberi peluang untuk dirinya tampil dengan punch line sendiri dan meletakkan Siti di tempat sepatutnya.

“Itu sangat memudahkan Siti untuk bersama-sama mereka dalam permainan itu,” katanya.

Mahaguru Spontan yang bermula semalam turut menampilkan pelawak hebat seperti Datuk AC Mizal, Johan, Zizan, Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan.

Siti berkata, Mahaguru Spontan mencabar dirinya menjadi pantas dan berfikiran kreatif.

“Kebanyakan permainan dibuat secara spontan. Sebagai contoh, segmen Cerita Abjad membuatkan Siti kena pantas berfikir kerana setiap cerita perlu dimulakan dengan abjad yang dipilih penonton.

“Memandangkan masa sangat suntuk, Siti tak buat banyak persediaan kecuali menonton program ini menerusi YouTube untuk belajar,” katanya yang ditawarkan penganjur menyertai persembahan sama yang dirancang diadakan di Singapura, Januari depan.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");