Berita Hari Ini

Skim insuran lindungi petani sedang diperhalusi – Ahmad Shabery

PENDANG 26 Okt. – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan mewujudkan Skim Agro Insuran bagi membantu golongan petani yang ditimpa musibah.

Menurut Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, cadangan itu sedang diperhalusi dan kementerian beliau sedang turut melihat kepada beberapa model yang dipergunakan oleh negara lain.

“Buat masa ini kami ada menerima satu model (cadangan), namun kami masih lagi memperhalusi hal ini kerana kita mahukan satu model yang benar-benar memberi manfaat kepada petani,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Bantuan Bencana Agromakanan bagi negeri Kedah dan Perlis di Pejabat MADA Wilayah III, di sini hari ini.

Skim insurans bagi golongan tani merupakan satu langkah yang lebih efektif bagi menjamin kebajikan golongan yang terlibat dalam industri dari sebarang bencana.

Antara negara yang telah memperkenalkan skim insurans ini ialah Filipina dan Indonesia.

“Walaupun kita mempunyai tabung kecemasan (untuk diagihkan), namun ia kurang efektif kerana jangkamasa yang diambil (untuk pengagihan) terlalu lama.

“Jadi, dengan adanya insurans ini, kami berharap agar kebajikan mereka akan lebih terjamin,” kata Ahmad Shabery.

Dalam majlis penyampaian hari ini, seramai 2,167 usahawan tani dari sektor padi, ternakan, akuakultur dan industri asas tani menerima bantuan ihsan berjumlah kira-kira RM2.5 juta sebagai bantuan meringankan beban yang dialami sewaktu menghadapi banjir tahun lepas.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");