Perak Hari Ini

Sungai Perak Rakit Challenge 2016 Berlangsung 19 November Depan

IPOH: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Perak Tengah dan Noras Creative akan menganjurkan pertandingan ‘Sungai Perak Rakit Challenge 2016 (SPRC 2016)’ pada 19 November depan.

ADUN Bota yang juga Pengerusi SPRC 2016, Datuk Nasarudin Hashim berkata, pertandingan yang berlangsung di Parit itu akan melibatkan penyertaan dari lima buah negara.4-1

“Penyertaan tersebut termasuklah dari Brunei, Indonesia, Mozambik, Sudan dan juga India,” katanya dalam sidang media selepas Wawancara khas bersama Radio Perak FM di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, pertandingan yang melibatkan jarak sejauh lebih 20 kilometer dari Parit ke Bota itu terbahagi kepada dua acara iaitu rakit dan kayak.

“Bagi katogeri rakit terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori Agensi Awam dan Swasta serta pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mana setiap kumpulan terdiri daripada lima peserta.

“Manakala bagi kategori kayak pula terbuka kepada semua yang mana setiap kumpulan perlu mempunyai dua orang peserta,” katanya lagi.

Nasarudin berkata, pemenang bagi kategori yang dipertandingkan berpeluang membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan berjumlah RM25,000.

2-1

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan penyertaan seramai 200 peserta yang menyertai pertandingan berkenaan.

“Pendaftaran masih lagi dibuka yang mana setiap penyertaan bagi berakit, kita akan kenakan bayaran sebanyak RM700 untuk satu pasukan manakala berkayak pula RM200 satu pasukan,” katanya.

Beliau berharap melalui pertandingan ini juga dapat mempromosikan Sungai Perak dan kawasan sekitar Daerah Perak Tengah kepada pelancong khususnya dari luar negeri Perak.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan tersebut atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghantar ke email [email protected] atau boleh melayari laman media sosial Facebook Sg Perak Rakit Challenge 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");