Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Karnival Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016

GOPENG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan Karnival Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 .

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamed yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Rizuan Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Din.

perak-today-7

Karnival berkenan telah dianjurkan oleh HDC iaitu sebuah agensi dibawah MITI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan beberapa agensi lain.

Ahmad Maslan dalam ucapannya berkata, pencapaian industri halal amat membanggakan negara dalam meningkatkan pelaburan dan perdagangan.

“Sehingga Disember 2015, jumlah pelaburan dalam taman halal mencecah RM10.6 bilion dan nilai eksport produk halal negara pula sebanyak RM39.4 bilion.

perak-today-4

“Antara produk yang dieksport termasuk makanan dan minuman halal, ramuan halal dan bahan daripada kelapa sawit,” katanya.

Tambahnya, perkembangan industri halal ini turut mewujudkan lebih daripada 250,000 peluang pekerjaan dalam industri ini.

Beliau berkata lagi, produk halal Malaysia juga telah memasuki pasaran yang besar seperti negara China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Belanda.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, karnival Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 ini selaras dengan matlamat Program Transformasi Kerajaan dimana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

“Program ini memberi harapan kepada semua rakyat untuk meninjau lebih dekat langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membangunkan industri halal,” katanya.

perak-today-6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");