Sukan Hari Ini

Tak ubah pendekatan

PEP Guardiola mengakui layangan kad merah ke atas penjaga golnya, Claudio Bravo menjadi faktor kekalahan besar Manchester City di tangan Barcelona, awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Bravo diarah keluar padang pada minit ke-53 ketika Barcelona sedang mendahului 1-0.

Kesempatan tersebut digunakan tuan rumah untuk menambah tiga lagi gol m-61, m-69 dan m-89.

Bagi Guardiola, layangan kad merah itu adalah wajar kerana Bravo menggunakan tangan bagi menghalang bola di luar kotak penalti.

Pada masa sama Guardiola berkata, tindakan Bravo itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh arahannya yang mahu penjaga gol itu berperanan sebagai sweeper keeper.

Guardiola kerap mengarahkan penjaga golnya keluar ke hadapan untuk bermain hantaran pendek dengan pertahanan meskipun berada di bawah tekanan pemain lawan.

“Saya mahu pergerakan City bermula dari penjaga gol. Ada masanya penjaga gol perlu keluar dari kawasan mereka.

“Bravo cuma ikut arahan saya, tapi malangnya dia tiak bernasib baik.

“Saya tidak pernah meragui kemampuannya sebagai penjaga gol, tapi dalam bola sepak situasi seperti ini tidak boleh dielakkan.

“Apa pun, saya tidak akan mengubah pendekatan City,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");