Berita Hari Ini

Tak ada istilah terhutang budi dengan China

KUALA LUMPUR – Tidak ada istilah terhutang budi antara Malaysia dengan China meskipun negara tembok besar itu rakan dagang terbesar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, meskipun mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dengan China, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan wilayah, termasuk jika berlaku pencerobohan perairan di Laut China Selatan.

“Pihak kerajaan berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan kedaulatan negara walaupun pendekatan kita tidak menimbulkan kontroversi.

“Prinsip kita tegas. Dalam soal kedaulatan negara kita tidak akan berkompromi,” katanya dalam sesi sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang sama yang menuntut penjelasan berhubung langkah kerajaan apabila berdepan dengan pencerobohan tentera China di perairan negara khasnya di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Dalam masa yang sama, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menegaskan kerajaan akan mengambil jalan rundingan atau dialog bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat.

“Antara dua aspek utama yang dititikberatkan termasuk memastikan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran serta penerbangan.

“Kedua, tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei, Filipina, Malaysia, Vietnam dan China,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");