Perak Hari Ini

Tourism Perak Anjur Pertandingan Sempena Tahun Melawat Perak 2017

IPOH: Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan menganjurkan satu pertandingan ‘Celebrating Visit Perak Year 2017@ My Perak Green & Clean Campaign’ sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pertandingan tersebut akan berlangsung sepanjang bulan November dan Disember 2016.

“Pertandingan ini bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan, malahan pihak swasta seperti hotel, produk pelancongan dan juga orang awam atau perseorangan.

“Ia menekankan aspek keceriaan, kebersihan, keindahan dan pelbagai aspek lain bagi tujuan meningkatkan tahap kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab pada masyarakat terutamanya di negeri ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pengerusi Tourism Perak Management Berhad, Mohd Kamil Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Zuraida Md. Taib dan Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib.

perak-today-2

Nolee berkata, terdapat beberapa kategori akan dipertandingkan terbahagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak swasta dan juga orang awam.

“Kita ada kategori PBT terbaik secara keseluruhan, PBT pelancongan Kreatif dan Inovatif, PBT Landskap Terbaik, PBT Kebersihan dan Keceriaan Terbaik dan PBT Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terbaik. Manakala untuk kategori swasta pula terdiri daripada pelbagai kategori yang melibatkan hotel dan tempat-tempat makanan.

“Borang bagi pertandingan kategori PBT dan pihak swasta tersebut boleh dimuat turun melalui Facebook Tourism Perak,” katanya.

Tambah beliau lagi, bagi kategori orang awam yang dikenali sebagai ‘Best Story of  Perak’, ia akan dilaksanakan dan dinilai melalui laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan blog.

“Pertandingan ini akan dijalankan selama sebulan bermula daripada 25 Oktober hingga 25 November 2016 dan 10 orang pemenang berpeluang membawa pulang hadiah berupa telefon pintar ataupun iPad.

“Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, cuma video yang berdurasi 60 saat yang di muat naik di laman media sosial tersebut perlu memperlihatkan keindahan negeri Perak dan disertakan dengan hashtag #Celebratingvisitperakyear2017,” katanya.

Dalam pada itu, Nolee berkata, pertandingan berkenaan bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk melibatkan bukan sahaja pemain industri pelancongan tetapi juga orang awam serta bersiap sedia untuk menyambut Tahun Melawat Perak 2017.

“Kita juga lihat pertandingan seperti ini dapat memberikan pendedahan dan juga memantapkan pengiktirafan yang baru-baru ini kita perolehi untuk Bandaraya Ipoh iaitu bandar keenam yang perlu dilawati di Asia oleh ‘Lonely Planets’,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");