Isu Panas

Tubuh parti baharu: Ini jawapan bekas MB

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu.

Selain itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan yang mengatakan ?beliau akan menyertai Pas.

?”Kedua-dua tidak benar, pertama saya memang sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan Pas.

“Ini telah saya nyatakan apabila saya ceburi bidang politik…saya disokong oleh rakan-rakan Pas seperti dalam PRK Ijok 2007 dan oleh sebab itu saya sentiasa bersama Pas,” katanya kepada media pada majlis pelancaran media baharu 1Media di Cyberjaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau selalu mendokong perjalanan Pas kerana Pas adalah ‘rakan yang baik’.

?”Pas parti yang utamakan rukun oleh sebab itu saya bersama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah beliau akan menyokong Pindaan Akta Syariah 355 yang akan dikemukan Pas di Parlimen nanti, Abdul Khalid berkata ‘ya’.

“Ya saya akan menyokong,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");